Awang Tengah lahir rasa bimbang sektor ekonomi dibuka, seru semua patuhi SOP

By TVS
Spread the love

LAWAS, September 20: Pembukaan pelbagai sektor secara berperingkat perlu disusuli dengan disiplin diri rakyat agar terus patuh pada SOP Covid-19, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Beliau melahirkan kebimbangan terhadap perkembangan pandemik Covid-19 ini dan terus menyeru agar rakyat kekal berdisiplin dan tidak leka.

“Walaupun kita membuka ekonomi kita sekarang tapi tidak bererti kita mengabaikan SOP kita.

“Macam di restoran-restoran kah dan juga dalam industri pembinaan dan sektor pertanian serta pembalakan kita perlu pathu SOP.

“Walaupun kita membuka sektor ekonomi, diharap ini tidak menjadi punca kedaan makin teruk.

Pada masa yang sama Awang Tengah mengarahkan semua laluan masuk ke Sarawak di pintu-pintu sempadan terus diperketatkan.

Ini berikutan peningkatan kes yang melibatkan kes import dari luar Sarawak.

“Ada yang masuk daripada Miri, dari Sabah lah ya ..dan juga ada juga daripada pekerja pekerja asing itu yang kebetulan ada yang tak di vaksinpun dan ini menjadikan kes tempatan kita meningkat,” tambah beliau lagi.- TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.