567 calon duduki SPM ulangan bermula Selasa

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

KUCHING, 20 Sept: Seramai 567 calon yang berdaftar bakal menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2021 di Sarawak yang dijadualkan bermula Selasa, 21 September 2021.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata sebanyak 18 buah pusat peperiksaan terlibat iaitu 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan, tiga buah Sekolah Kebangsaan, sebuah Sekolah Swasta dan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah.

“Seramai 33 orang penyelia kawasan dan 83 orang pengawas telah dilantik bagi mengendalikan peperiksaan berkenaan di negeri ini.

“Calon-calon diminta untuk merujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPMU untuk mendapatkan butiran peperiksaan serta arahan semasa peperiksaan berlangsung,” katanya.

Calon yang bakal menduduki peperiksaan itu turut diingatkan untuk membawa dokumen pengenalan diri ke pusat peperiksaan bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.