Dua insiden kebakaran berlaku selang empat jam

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

KUCHING, 18 Sept: Sebuah rumah tidak berpenghuni di Jalan Kampung Krokong, Bau hangus dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata  seramai tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.24 pagi.

Sementara itu, di Miri pula menyaksikan insiden sama yang melibatkan sebuah premis penyimpanan peralatan dan perkakasan komputer yang hangus sepenuhnya di Jalan Klinik Komuniti Permai, Miri.

Sejurus menerima laporan pada jam 5:04 pagi berhubung kejadian berkenaan, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng bergegas ke lokasi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kedua-dua insiden berkenaan.

Pasukan Forensik Kebakaran masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah taksiran sebenar kerugian kedua-dua insiden terbabit. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.