‘Dine in’ dibenarkan di zon selatan Sarawak bermula 20 Sept, lengkap vaksinasi antara syarat wajib

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 17 Sept : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan untuk membenarkan ‘dine-in’ ataupun makan di kedai untuk Zon Selatan bermula 20 September ini namun mengekalkan zon ini di Fasa ke-2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Antara syarat wajib untuk ‘dine-in’ adalah lengkap dua dos vaksin COVID-19 bagi operator, pekerja dan pelanggan.

“Pemilik premis perniagaan adalah juga diwajibkan untuk memastikan ventilasi dan pengudaraan adalah mengikut piawaian yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH).

“Garis Panduan (SOP) di Sarawak pula adalah berdasarkan SOP yang diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Tempoh operasi perniagaan bagi Zon Selatan adalah dari  5.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 12:00 malam tanpa alasan yang munasabah.

“Keputusan ini juga berkuatkuasa mulai 20 September ini,” jelasnya.

Pada masa sama, JPBN Sarawak dalam kenyataannya turut memaklumkan bahawa pergerakan rentas daerah kini tidak lagi memerlukan ujian RT-PCR atau RTK-Antigen.

Bagaimanapun, kelulusan permit polis masih dikekalkan.

“Keputusan ini berkuatkuasa 18 September 2021,” ujarnya.

Zon Selatan merangkumi Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan,

Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.