Aksi ala ‘superman’ bawa padah

By Nur Suhaida Muliyono
Spread the love

KUCHING, 17 Sept: Padah menunggang motosikal dengan aksi ala ‘superman’, dua orang remaja ditahan polis dalam Op Samseng Jalanan di Jalan FAC, Matang pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintenden (DSP) Lim Jaw Shyong berkata kedua-dua remaja berkenaan turut melakukan aksi berbahaya apabila berlumba sambil meniarap atas motosikal masing-masing.

“Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi IPD Padawan.

Selain tangkapan tersebut, beliau memberitahu, sebanyak 15 saman turut dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan dalam operasi yang dijalankan pihak polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan itu. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.