Kanak-kanak dikhuatiri lemas di Sungai Felda Jengka 4

By Bernama
Spread the love

KUANTAN, 16 Sept — Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan dikhuatiri lemas selepas dipercayai keluar dari kereta bapanya yang diparkir berhampiran sungai Felda Jengka 4, dekat Maran, tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata Muhammad Abdullah Saiful Bahari disedari tiada di tempat duduk kereta tersebut pada 1 tengah hari, iaitu kira-kira 15 minit selepas bapanya meninggalkan dia berseorangan di situ. 

“Bapa mangsa (Muhammad Abdullah) mendakwa meninggalkan mangsa di dalam kereta dengan keadaan pintu terbuka. Sebaik sahaja menyedari mangsa tiada, bapa mangsa telah bertanya kepada kakak dan abang mangsa yang berusia enam serta lapan tahun, namun mereka juga tidak menyedari bila mangsa berjalan keluar dari kereta. 

“Mereka cuba mencari mangsa di kawasan berhampiran sebelum bapa mangsa mendakwa menjumpai kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh di situ,” katanya semasa dihubungi hari ini. 

Norzamri berkata sungai itu terletak di dalam ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.

Beliau berkata bapa mangsa kemudian meminta bantuan orang kampung untuk mencari anaknya di sungai, sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian pada 4 petang.  

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada petang semalam melibatkan polis, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia namun dihentikan pada 8 malam kerana cuaca mulai gelap. 

“Operasi SAR bersambung pagi ini dengan melibatkan anjing pengesan untuk mencari jejak akhir mangsa sama ada di sungai atau di hutan berhampiran,” katanya. 

— BERNAMA 

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.