12 individu ke Genting Highlands dikompaun RM5,000

Spread the love

KUANTAN, 16 Sept — Hasrat 12 individu termasuk dua wanita untuk ke Genting Highlands bukan sahaja tidak kesampaian namun mereka juga terpaksa membayar kompaun RM5,000 setiap seorang kerana merentas negeri tanpa kebenaran polis. 

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mereka yang berusia 20 hingga 58 tahun itu ditahan di sekatan jalan raya di Kilometer 17 Genting Highlands semalam dan difahamkan bergerak dari Kuala Lumpur. 

“Mereka tidak dapat mengemukakan permit merentas negeri kepada polis yang bertugas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Zaiham juga mengingatkan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk merentas negeri yang masih belum dibenarkan tanpa kelulusan. 

— BERNAMA 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.