Sekolah dibuka secara berfasa petunjuk negara ke arah endemik

By bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Pembukaan sesi persekolahan secara berperingkat mulai 3 Okt mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) di negeri-negeri memberi gambaran bahawa negara kini sedang bergerak ke peringkat endemik.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pendekatan secara berfasa itu juga menunjukkan bahawa negara akan kembali kepada keadaan sediakala.

“Dalam konteks fasa PPN ini, kita sedang bawa negara kembali kepada keadaan sedia kala dengan memastikan tatacara dan peraturan yang kita bawa itu dapat dipatuhi dan sekolah dapat dibuka dengan selamat,” katanya pada sidang media bersama Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini, hari ini.

Mengenai mesyuarat bersama Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, beliau berkata ia bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan pembukaan sekolah dapat dilaksanakan dengan baik, lancar dan teratur.

Katanya perancangan itu penting sebagai tekad semua pihak untuk memastikan keselamatan semua pihak terutama murid apabila sekolah dibuka kelak.

Pada Ahad, Radzi mengumumkan sesi persekolahan akan menggunakan kaedah penggiliran murid secara mingguan dengan kapasiti kehadiran murid setiap minggu ditetapkan pada kadar 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan bilangan dalam kelas dan risiko penularan COVID-19.

Pengoperasian sekolah secara bersemuka bermula di Fasa Dua PPN dengan pembukaan untuk sekolah rendah hanya melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), sementara untuk sekolah menengah melibatkan pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) semester dua yang akan menduduki peperiksaan pada akhir Oktober.

Ditanya mengenai tindakan terhadap guru yang memilih untuk tidak divaksin beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan akan diumumkan kemudian.

“Kita lihat jumlah yang memilih tidak divaksin sedikit iaitu sekitar 2,500 orang dan kita akan pastikan mereka tidak akan mengajar secara bersemuka namun akan diberi tugas lain dan pasti akan ada tindakan diambil terhadap mereka,” katanya.

– BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.