Pengesanan kes tertunggak punca peningkatan 4,709 kes di Sarawak

By Luqman Muhammad
Spread the love

KUCHING: Bilangan kes yang tinggi dilaporkan di sarawak hari ini dengan 4,709 kes merupakan kumulatif “back log” atau ujian tertunggak dari 10 hingga 14 September 2021.

4,702 atau 99.85 peratus kes terdiri daripada kategori 1 dan 2 , sementara 7 atau 0.15 peratus kes adalah dari kategori 3,4 dan 5.

Kuching kekal menjadi penyumbang tertinggi apabila sebanyak 1,866 kes, diikuti Samarahan 417, Bintulu 369, Sibu 347 dan Serian 289.

Dalam pada itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan terdapat 12 kematian baharu turut dilaporkan pada Rabu.

JPBN Sarawak turut memaklumkan terdapat tiga kluster baharu dikesan membabitkan Kluster Sebobok, Bau, Kluster Sungai Ipoh, Pakan dan Kluster Sungai Buloh, Pakan.

Sementara itu Kluster Kampung Sungai Linsat, Serian telah diisytiharkan tamat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.