Banjir kilat, lima penghuni selamat dipindahkan

By Yazid Bin Ibrahim
Spread the love

Oleh Alexanda

BINTULU, 15 Sept : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu berjaya memindahkan lima mangsa yang terjejas akibat banjir kilat di Batu 8, Jalan Bintulu – Miri malam tadi.

Ketuanya, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian banjir kilat itu kira-kira jam 8.14 malam tadi dan menghantar sepasukan anggota bersama bot penyelamat BP49-14.

“Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada tiga lelaki termasuk seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) dan dua wanita. Kesemua mereka dipindah ke rumah saudara mara yang tinggal di kawasan berhampiran dan tidak terjejas banjir,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Wan Kamaruddin, hujan lebat sejak petang semalam menyebakan kediaman yang terletak di kawasan tanah rendah di situ ditenggelami air sedalam hampir satu meter.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, terdapat penghuni di 14 buah rumah yang turut terjejas akibat banjir berkenaan enggan dipindahkan.

” Sehubungan itu, bomba telah menasihatkan mangsa banjir yang memilih untuk tinggal di rumah masing – masing supaya berpindah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.