1,054 anak anggota tentera akan divaksin

By Firdaus Ismail
Spread the love

KUALA LUMPUR, 15 Sept : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, seramai 1,054 orang anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan divaksin bermula hujung bulan ini menjelang pembukaan sesi persekolahan.

Menurut Hishammuddin, kesemua mereka terdiri daripada kumpulan umur 16 dan 17 tahun yang telah dikenalpasti bagi memastikan sesi pembukaan sekolah yang terletak dalam kem tentera di seluruh negara berjalan lancar.

” ATM melalui Kor Kesihatan Diraja sentiasa bersedia untuk diatur gerak pada bila -bila masa bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memvaksin pelajar. Ini termasuklah melalui team Combat Medic Vaccination Team (CMVT) atau membuka stesen pemberian vaksin pandu lalu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Hishammuddin memberitahu, menerusi mesyuarat bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, ketiga -tiga kementerian memahami keperluan untuk bergerak seiring dan mengambil kira sesi persekolahan yang akan dibuka secara berperingkat mengikut fasa ditetapkan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berhubung perkembangan program vaksinasi terhadap guru yang bertugas di sekolah -sekolah di kem ATM, Hishammuddin berkata, setakat ini 90 peratus atau 1,990 daripada keseluruhan 2,169 orang guru telah menerima suntikan pelalian masing – masing.

” Ini merupakan perkembangan yang baik terutama dalam konteks kesihatan menjelang permulaan sesi pembelajaran secara bersemuka antara guru dan murid-murid di beberapa buah negeri tidak lama lagi,” katanya. -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.