39,895 Dos Vaksin Diberikan Di Eempat Daerah Pedalaman Sabah

Vaksin Covid-19, China bantu Brunei tangani wabak – Erywan

By bernama
Spread the love

BEIJING, 14 Sept — Vaksin COVID-19 kumpulan kedua yang disumbangkan China selamat tiba di lapangan terbang Brunei Darussalam tengah malam Ahad lalu.

Berucap pada majlis penyerahan vaksin tersebut, Duta China ke Brunei, Yu Hong berkata sumbangan itu secara tidak langsung memperlihat hubungan persahabatan erat dan sokongan padu China dalam usaha memerangi wabak di Brunei.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan kesudian China untuk terus menghulurkan bantuan kepada Brunei bagi mengawal penularan wabak dan melindungi kesihatan rakyat.

Ini kali kedua China menyumbangkan vaksin buatan syarikat Sinopharm kepada Brunei sejak Februari lalu.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri II Brunei, Erywan Mohd Yusof yang turut hadir pada majlis tersebut turut merakamkan penghargaan bagi pihak kerajaan dan rakyat Brunei atas bantuan tersebut.

Menurutnya, vaksin sumbangan China sebelum ini memainkan peranan penting untuk memerangi wabak di Brunei.

Sementara itu, menyentuh mengenai ulang tahun ke-30 hubungan diplomatik China dan Brunei tahun ini, Erywan menyifatkan ia sebagai satu pencapaian baharu bagi hubungan persahabatan kedua-dua negara.

“Brunei dan China yang telah menjalin perkongsian strategik  akan terus memperkasakan pertukaran dalam bidang perdagangan, pertanian, perikanan dan sosiobudaya serta mengekalkan kerjasama rapat dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa,” jelas beliau.

Pada Ogos, Brunei dilanda gelombang baharu wabak dengan ribuan kes positif direkodkan, sekali gus menyaksikan permintaan vaksin COVID-19 meningkat mendadak.

Sehingga Ahad lalu, sebanyak 4,163 kes disahkan, dengan jumlah kematian mencatat 25 orang, manakala 1,491 individu masih dirawat.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.