Sarawak Pay kini dikenali S Pay Global, perkenal segmen baharu, Lifestyle

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 14 Sept : Aplikasi e -wallet, Sarawak Pay kini ditukar nama menjadi S Pay Global serta turut memperkenalkan segmen baharu iaitu Lifestyle.

Menurut kenyataan media Siliconnet Technologies, menerusi segmen baharu berkenaan, aplikasi ewallet telah memperluaskan fungsinya dengan menawarkan perkhidmatan pembayaran dalam talian membabitkan pembayaran balik pinjaman, insurans dan sebagainya.

“Kesemua ini akan dipaparkan dalam Aplikasi Pengguna versi 3.0 di bawah segmen baharu iaitu Lifestyle dan pelbagai ciri baharu akan ditambah dari masa ke masa.

“Penukaran nama ini sejajar dengan pengumuman Ketua Menteri , Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 4 Mac lepas berkenaan fungsi S Pay Global sebagai pembayaran tanpa tunai di luar negara yang menerima transaksi UnionPay,” kata kenyataan berkenaan hari ini.

Pada masa sama, tetapan skrin utama aplikasi pengguna dan profil serta akaun pengguna telah diselaraskan bagi memudahkan pembayaran tanpa tunai individu.

Semua perubahan yang dinyatakan merangkumi nama dan logo, skrin utama baharu dan segmen Lifestyle boleh didapati dalam versi 3.0 selepas dikemaskini oleh pengguna.

 Tambah kenyataan itu, semua data peribadi, sejarah pembayaran, baki wang dalam akaun, kod QR masih sama dan dijamin tidak terganggu.

Laman web Sarawak Pay juga diubah dari http://sarawakpay.gov.my kepada http://spayglobal.my.  -TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.