Sapiah wanita Orang Asli pertama dilantik Ketua Pengarah JAKOA

By bernama
Spread the love

PUTRAJAYA, 14 Sept: Sapiah Mohd Nor melakar sejarah menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) berkuat kuasa 15 Sept.

Mengumumkannya hari ini, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pelantikan Sapiah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan surat pelantikannya diserahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Parlimen pada tengah hari tadi.

“Pelantikan ini merupakan sejarah kepada JAKOA apabila dipimpin oleh golongan wanita sekali gus meningkatkan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dan masyarakat Orang Asli dalam perkhidmatan awam,” kata Mahdzir dalam satu kenyataan.

Sapiah, 56, adalah Orang Asli keturunan Suku Semai berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan universiti yang sama pada 2001.

Menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Tadbir pada 1991 dan pernah berkhidmat di beberapa kementerian dan jabatan dalam tempoh 30 tahun itu, Sapiah sebelum pelantikan terkini merupakan Pegawai Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

– BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.