Permohonan ditolak ekoran kesalahan dokumentasi

Spread the love

KUCHING: Merujuk kepada aduan seorang individu yang mendakwa permohonannya untuk memasuki Sarawak dari Semenanjung Malaysia ditolak empat kali oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dan dimuat naik dalam media sosial baru-baru ini, jawatankuasa tersebut telah melakukan siasatan dalaman untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan media menjelaskan bahawa permohonan individu tersebut ditolak kerana tidak menyerahkan dokumen yang diperlukan untuk menyokong permohonannya.

Siasatan mendapati individu berkenaan melampirkan keputusan ujian RTK-Antigen yang sama dengan empat permohonannya untuk memasuki Sarawak.

Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) kemasukan ke Sarawak, setiap pemohon perlu mengemukakan keputusan ujian ujian RT-PCR seperti yang dinyatakan.

Salah satu syarat untuk memasuki Sarawak adalah mengemuka dan melampirkan keputusan ujian RT-PCR yang dijalani dalam tempoh 72 jam sebelum memasuki negeri ini.

JPBN Sarawak juga menyatakan bahawa telah mengenal pasti identiti sebenar individu terbabit.

Individu tersebut telah mengemukakan permohonannya pada 8, 9, 10 dan 11 September 2021 dengan melampirkan keputusan ujian RTK yang sama dan ia adalah bertentangan dengan SOP kemasukan ke Sarawak seperti dinyatakan oleh JPBN Sarawak.

JPBN Sarawak juga mengatakan bahawa mempunyai perincian peribadi dan rakaman suara individu terbabit yang mengakui kesalahannya semasa siasatan.

JPBN Sarawak kesal kerana individu terbabit dengan sengaja menyalahtafsirkan fakta dan mencemarkan imej JPBN Sarawak serta mengelirukan orang ramai dengan mendakwa empat permohonannya ditolak dengan salah.

Sehubungan itu, JPBN Sarawak tidak mempunyai pilihan selain menolak semua permohonannya.

JPBN Sarawak juga menasihatkan masyarakat supaya mematuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam SOP kemasukan ke Sarawak dan tidak menyalahkan JPBN Sarawak apabila mereka melakukan kesilapan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.