Pemandu Myvi lawan arus di Lebuhraya MEX Expressway, didenda

By Bernama
Spread the love

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Padah memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) awal bulan ini, seorang ejen insurans dipenjara tiga hari dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Amanina Mohamad Anuar memerintahkan Ng Zhen Kai, 24, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini selain lesen memandu tertuduh digantung selama lima tahun dan jika gagal membayar denda, dia boleh dipenjara enam bulan. 

Ng sebagai pemandu Perodua Myvi didakwa memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya lain di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada 11.05 pagi, 4 Sept lepas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen tidak kurang lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan serta kesalahan akan diendors pada lesen memandu. 

Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Abdullah Khazali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap tertuduh, namun Ng yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung keluarga.

Pada 4 Sept lepas, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Myvi berwarna kelabu yang dirakam memandu secara melawan arus di laluan menghala ke Putrajaya di Lebuhraya MEX dalam satu video berdurasi 19 saat yang tular di laman sosial.

— BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.