COVID-19: Kluster institusi pusat jagaan warga emas, kanak-kanak antara dikesan

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 14 Sept : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengesan empat kluster COVID-19 yang baharu melibatkan masing-masing dua Kluster Institusi dan Kluster Komuniti.

JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memberitahu dua Kluster Institusi itu diberi nama Kluster Laman Bong Chin dan Kluster Jalan Upland, Kuching.

“Kluster Laman Bong Chin, Kuching melibatkan pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan warga emas terletak di Laman Bong Chin, Jalan Rock, Kuching dengan rekod sebanyak 10 individu positif daripada 78 yang disaring.

“Manakala, Kluster Jalan Upland, Kuching pula melibatkan pekerja dan penghuni sebuah pusat jagaan kanak-kanak terletak di Jalan Upland, Kuching dengan rekod sebanyak 51 individu positif daripada 60 orang yang disaring,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Selain itu, Kluster Komuniti iaitu Kluster Kampung Segedup, Kuching melibatkan penduduk sebuah perkampungan iaitu Kampung Segedup yang terletak Jalan Batu Kawa.

Kluster Jundak Saeh Merah, Subis juga dikesan antara kluster komuniti hari ini di mana ia melibatkan sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di kawasan Batu Anchau, Subis.

Sementara itu, Sarawak hari ini melaporkan 1,983 kes harian COVID-19 dengan sembilan kematian baharu.

“Kes-kes kematian yang direkodkan adalah dua masing-masing dari daerah Kuching dan Sri Aman manakala satu kes kematian dilaporkan masing-masing dari daerah Tatau, Sibu, Serian, Bintulu dan Miri,” jelasnya.

Pada masa sama JPBN Sarawak turut mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas 24 lokasi yang melibatkan daerah Bintulu, Sebauh, Pakan, Julau, Meradong, Sarikei dan Saratok.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.