Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak Ke-9 bakal diadakan secara hibrid pada 13 September

By Febbright James
Spread the love

KUCHING: Anugerah Alam Sekitar Ketua Menteri Sarawak Ke-9 (CMEA) bakal diadakan secara hibrid pada 13 September 2021 iaitu secara fizikal dan juga menerusi aplikasi Zoom dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

CMEA, yang dianjurkan oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), akan disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Kontroller Kualiti Alam Sekitar Sarawak, Peggy Ronin Edin, berkata anugerah yang dimulakan pada tahun 2002 itu bertujuan untuk menggalakkan sektor perniagaan, sektor perindustrian, sektor swasta dan sektor awam di Sarawak agar mencapai kemajuan dengan mengutamakan pengurusan alam sekitar yang baik.

“Kerajaan Negeri memperkenalkan anugerah ini bagi mengiktiraf industri tempatan, pembuatan makanan, dan individu yang mempunyai pengurusan alam sekitar yang baik di samping mengekalkan inisiatif hijau yang mampan. Secara amnya, kita mengiktiraf usaha dalam dua pekara ini,” kata Peggy.

Dalam pada itu, penyertaan bagi edisi kali ini dilihat cukup memberansangkan dengan jumlah penyertaan tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 106.

Dengan bertemakan “Enhancing Environmental Stewardship”, terdapat beberapa kategori yang bakal dipertandingkan, antaranya Anugerah Ketua Menteri, yang khusus untuk perniagaan besar, perniagaan sederhana, perniagaan kecil, pihak berkuasa tempatan, Individu dan perusahaan kedai makan.

“Untuk yang tidak menang atau mendapat anugerah emas, mereka akan menerima merit dan sijil. Bagi yang berjaya merangkul anugerah akan diberi 50 peratus diskaun sekiranya menghadiri program yang kami tawarkan, ” tambah Peggy.

Pemenang Juga boleh menggunakan logo anugerah untuk tujuan publisiti supaya menjadi teladan dalam komitmen melestarikan alam sekitar.

Peggy berkata demikian ketika membuat kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa pada hari ini dengan tujuan untuk menjemputnya merasmikan acara tersebut.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design