Individu dikehendaki polis menyerah diri

Spread the love

KUCHING, 7 SEPT: Seorang wanita yang dikehendaki oleh polis telah menyerah diri apabila gambarnya mula tular di media sosial sejak dua minggu lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong, seorang pengadu telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Padawan setelah ditipu dengan satu pelaburan dibawah sebuah syarikat melalui suspek.

“Mangsa telah membayar secara tunai dan ada juga wang dimasukkan ke dalam satu akaun atas syarikat tersebut.

“Mangsa sedar ditipu kerana tidak mendapat keuntungan pelaburan seperti dijanjikan mengikut perjanjian,” katanya.

Tambahnya, suspek juga mengaku telah menerima duit pelaburan sebanyak RM15,000 dari mangsa namun telah serahkan secara tunai secara berperingkat kepada seorang lelaki yang identitinya gagal diberikan suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.