Sarawak tertinggi kes baharu COVID-19 dengan 12 kematian baharu

Spread the love

KUCHING : Sarawak terus mencatatkan kes baharu empat angka bagi COVID-19 iaitu sebanyak 3,714 kes positif dengan 12 kematian, pada hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan, 3,710 kes atau 99.89% adalah daripada Kategori Satu dan Dua.

Manakala 2 dua kes masing-masing daripada Kategori Tiga dan Lima.

“Daerah Kuching merupakan penyumbang kes tertinggi dengan 1,765 direkodkan diikuti Samarahan dengan 358 kes, Sibu 276 kes, Bintulu 158, dan Asajaya 121,” kenyataan itu menyebut.

Kes kematian di Sarawak masih tinggi dengan kebanyakannya membabitkan golongan warga emas dan mempunyai sejarah penyakit kronik.

“Kes-kes kematian dilaporkan di daerah-daerah Kuching, Pusa, Bintulu, Serian, Sibu, Song dan Sri Aman,” kenyataan itu memaklumkan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.