Kluster pusat jagaan kanak-kanak antara kluster baharu di Sarawak

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING : Kluster baharu COVID-19 di Sarawak pada hari ini dikesan di salah sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Batu Lintang, Kuching.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan, kluster tersebut dinamakan Kluster Jalan Batu Lintang, Kuching, iaitu sebuah kluster tempat kerja.

“Seramai 14 orang telah disaring dan 11 orang didapati positif termasuk kes indeks. Tiga individu disahkan negatif manakala satu kes baharu dilaporkan pada hari ini,” kenyataan itu menyebut.

JPBN Sarawak turut memaklumkan enam kluster lagi telah dikesan sebagai kluster baharu di negeri ini.

“Kluster-kluster ini adalah Kluster Lubok Besai di Pakan, Kluster Jalan Market di Bau, Kluster Bijongon di Bau, Kluster Jalan Bulan di Sabit, Miri, Kluster Sawit 16 di Beluru dan Kluster Warong Metrocity di Kuching,” tambah kenyataan itu lagi.

Lima kluster ditamatkan pada hari ini yang membabitkan daerah-daerah Kuching, Sarikei dan Tatau.

Pada masa yang sama, JPBN Sarawak turut mengisytiharkan 25 lokasi diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.