Kereta tiba-tiba terbakar di tepi jalan pada waktu subuh

Spread the love

LIMBANG : Sebuah kereta yang diletak di tepi jalan telah musnah terbakar sepenuhnya di RPR Batu Biah Fasa 4, Limbang, pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, menurut pemiliknya, kereta tersebut dipercayai tiba-tiba terbakar semasa beliau berada di rumah.

Pihak bomba bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 4.01 pagi.

Setiba di lokasi, pihak bomba bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada tangki jentera.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.