BAPA KUDUNG DIPENJARA 15 TAHUN, 10 SEBAT ROGOL ANAK OKU

Impian digelar jutawan lebur selepas jadi mangsa penipuan nombor ramalan

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

KUANTAN : Impian seorang lelaki untuk digelar sebagai jutawan segera musnah selepas tiket loterinya yang dikatakan memenangi wang tunai RM1.1 juta didapati hanya helah penipuan nombor ramalan yang mencari mangsa menerusi media sosial. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa berusia 45 tahun itu juga kerugian RM65,180 yang didakwa diserahkan kepada suspek bagi mendapatkan nombor ramalan. 

“Mangsa mendakwa mengetahui mengenai perkhidmatan menilik nombor ramalan semasa melayari Facebook pada awal Mac lepas, dan menghubungi nombor WhatsApp tertera di akaun media sosial itu bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

“Suspek lelaki yang berurusan dengan mangsa mendakwa dirinya mempunyai nombor ramalan tiket loteri akan memenangi wang tunai RM1.1 juta, yang menyebabkan mangsa tertarik,” Mohd Wazir menyebut dalam kenyataannya di sini pada hari ini. 

Mohd Wazir berkata suspek dikatakan telah meminta mangsa membuat bayaran atas alasan pembelian tiket loteri, bayaran cukai serta kos pentadbiran sebelum wang kemenangan boleh dikreditkan ke akaun mangsa.

Mangsa mendakwa membuat bayaran itu menerusi transaksi pemindahan dalam talian secara ansuran sebanyak 16 kali bermula Mac hingga awal minggu ini tanpa menyedari jumlah keseluruhan sudah mencapai RM65,180. 

“Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila belum memperoleh wang kemenangan itu selain mendakwa suspek mengugut mahu menghantar orang mencarinya jika tidak meneruskan bayaran seperti diminta apabila ditanya,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong semalam, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.