Dua individu maut langgar pokok, kereta putus dua

Spread the love

MIRI, 6 SEPT: Seorang lelaki dan seorang wanita maut dalam satu kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Kuala Baram Bypass berdekatan sebuah stesen minyak di Permyjaya, Miri sekitar jam 10:05 malam Ahad.

Kereta tersebut dipercayai telah melanggar sebatang pokok sehingga terputus dua.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, setibanya pasukan penyelamat di lokasi, dua mangsa terbabit masih berada dalam kereta berkenaan.

Mangsa lelaki dikenali sebagai Mika Barnabas Small berusia 45 tahun manakala mangsa wanita masih belum diketahui identitinya.

“Setelah membuat pemeriksaan, kami menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dari kenderaan tersebut dan menyerahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengesahan status mangsa,” jelasnya.

Pihak KKM mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.