Abang Johari sambut baik pemberian vaksin kepada golongan remaja

Spread the love

KUCHING, 6 SEPT: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyambut baik Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan remaja yang berusia 12 hingga 18 tahun di negeri ini yang bermula Rabu ini.

Katanya, ketika ini, kerajaan sedang menilai lokasi pemberian yang sesuai.

“Pihak pakar sedang menilai penyediaan infrastrukutur bagi proses ini sama ada dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ataupun dilaksanakan di sekolah,” katanya setelah merasmikan Hari Inovasi dan Integriti (HIITS) 2021, pada Isnin.

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) menggariskan lebih 20 petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai sasaran yang antaranya memfokuskan kepada pemberian vaksinasi kepada remaja berumur lingkungan 12 hingga 17 tahun.

Kata Khairy, program vaksinasi ini akan dimulakan di Sarawak kerana telah mencapai hampir 80 peratus nilai ambang.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.