Vaksinasi remaja bawah 18 tahun di Sarawak bermula Rabu ini

By Bernama
Spread the love

KUCHING, 5 Sept: Vaksinasi COVID-19 bagi remaja berusia bawah 18 tahun di Sarawak dijangka akan bermula Rabu ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata ketika ini, Sarawak berada di peringkat akhir melaksanakan persiapan untuk melaksanakan vaksinasi kumpulan berkenaan.

“Sekarang kita sedang membuat persiapan untuk melaksanakan program ini susulan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin semalam bahawa program yang akan dilaksanakan di seluruh negara itu akan dimulakan di Sarawak pada Rabu ini.

“Ini kerana Sarawak sudah mencapai kadar sasaran lebih 80 peratus populasi dewasanya telah divaksin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Uggah berkata setelah persiapan selesai, pengumuman secara terperinci berkaitan pelaksanaan proses vaksinasi itu akan dilakukan.

Sementara itu, Uggah sekali lagi merayu kepada sebilangan kecil rakyat Sarawak yang menolak atau masih enggan disuntik vaksin agar berbuat demikian secepat mungkin.

Beliau berkata selagi ada individu yang tidak divaksin, mereka bukan sahaja akan membahayakan diri sendiri malah orang lain di sekeliling.

“Lebih-lebih lagi sekarang, terdapat banyak kes positif dan varian Delta yang lebih mudah berjangkit,” tambahnya.

– BERNAMA

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.