Tindakan Tatatertib Boleh Dikenakan Kepada Guru Yang Enggan Divaksin

Spread the love

KUCHING: Kesatuan Guru Sarawak mengambil berat atas keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa guru yang enggan menerima suntikan vaksin dilarang untuk mengajar secara bersemuka.

Justeru, Presidennya, Adam Prakash berharap pihak guru dan sekolah menitik beratkan keselamatan para pelajar, sekaligus mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.

“Kesatuan Guru Sarawak ingin memaklum kan kepada semua guru khususnya kepada ahli kesatuan agar mengambil berat tentang vaksinasi ini dan ambillah peluang ini untuk mendapatkan vaksin agar semua kita terlindung dari penularan Covid-19 ini.

“Para penjawat awam termasuk guru juga perlu faham bahawa tindakan tatatertib boleh diambil ke atas mereka yang tidak patuh kepada arahan dalam etika kerja kita memang ada panduan-panduan yang perlu kita patuhi dan tindakan tindakan tatatertib surat tunjuk sebab boleh diberi kepada para guru sekiranya mereka nanti tidak mahu menjalani suntikan vaksin covid 19 ini”. katanya ketika dihubungi TVS.

Katanya lagi implikasi terhadap tindakan tatatertib itu nanti akan menjejaskan prestasi kerja penjawat awam.

Tambah Adam, dengan adanya usaha warga pendidik untuk mendapatkan suntikan vaksin, ia akan memberikan keyakinan kepada ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah bagi sesi pembelajaran secara bersemuka.

Pada Jumaat, Menteri Kanan Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, mana-mana guru yang enggan menerima vaksin Covid-19 tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka bagi menjamin keselamatan semua pihak di sekolah.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.