Sarawak sudah bersedia jalani fasa endemik

By Odleen Catherny
Spread the love

(Gambar atas: Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Helmy Hazmi)

KUCHING : Sarawak menjadi antara negeri dalam Malaysia yang bersedia untuk memasuki fasa endemik menjelang hujung Oktober seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Helmy Hazmi, rakyat di negeri ini dilihat mampu menjalani fasa tersebut namun dengan beberapa syarat tertentu.

“Antara syaratnya ialah kadar vaksinasi yang tinggi terutamanya dalam golongan dewasa.

“Selain itu, syarat wajib turut melibatkan pengurangan kes dalam Kategori 4 dan 5 iaitu kategori jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator,” katanya ketika dihubungi TVS baru-baru ini.

Jelas Dr Helmy, antara kriteria syarat yang dinyatakan itu, Sarawak diyakini lebih daripada layak kerana kadar vaksinasi golongan dewasa di negeri ini sudah mencecah lebih 80 peratus.

Bukan itu sahaja, kes-kes dalam Kategori 4 dan 5 juga mencatatkan penurunan.

“Antara perubahan ketara dan mendadak dapat dilihat dalam kes harian baharu dilaporkan di Sarawak ialah lebih 90 peratus kes membabitkan Kategori 1 dan 2.

“Walau bagaimanapun, kita masih perlu memberi fokus kepada pemvaksinan golongan remaja dan kanak-kanak setelah mendapat kelulusan kelak,” katanya.

Pada masa sama beliau turut mengingatkan bahawa fasa endemik merupakan situasi di mana manusia terpaksa hidup bersama virus COVID-19.

Oleh itu, kehidupan dengan mematuhi ketat segala Prosedur Operasi Standard (SOP) masih perlu malah dengan penuh disiplin.

“Kehidupan norma baharu seperti memakai pelitup separuh muka, jaga penjarakan dan sebagainya sudah sepatutnya menjadi amalan harian semua orang ketika berada di tempat awam.

“Fasa endemik ini bermaksud kita menerima kenyataan bahawa penyakit ini sukar untuk dibasmi dan kita memilih untuk hidup bersamanya.

“Antara situasi lain, kita juga perlu menerima hakikat bahawa dari semasa ke semasa akan berlakunya cetusan wabak di beberapa kawasan dan perlu menjalani tempoh ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” ujarnya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.