Sarawak mendahului negeri lain, mula vaksin remaja 12 hingga 17 tahun minggu hadapan

By TVS
Spread the love

PUTRAJAYA: Sarawak akan mendahului negeri-negeri lain dalam memulakan pemberian vaksin kepada golongan remaja 12 hingga 17 tahun bermula minggu hadapan.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, pemilihan Sarawak adalah berdasarkan status vaksinasinya yang telahpun mencapai nilai ambang 80 peratus.

Kementerian Kesihatan (KKM) juga katanya, telah menggariskan lebih 20 petunjuk prestasi utama (KPI) sebagai sasaran untuk dicapai dalam tempoh 100 hari.

Antara KPI yang difokuskan ialah program vaksinasi kepada remaja berumur lingkungan 12 hingga 17 tahun dan pengumuman dasar bagi dos ketiga vaksin.

“Dalam tempoh 100 hari, kita akan mulakan vaksinasi bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Sasaran (jumlah penerima) kita akan umumkan berdasarkan bekalan vaksin tetapi sudah pasti kita akan berikan vaksin kepada golongan ini.

“Ia bermula minggu depan di negeri Sarawak dahulu sebab mereka telah capai nilai ambang 80 peratus. Harapan saya dalam 100 hari ini, seramai mungkin remaja akan dapat terima vaksin mereka supaya awal tahun persekolahan nanti remaja kita dah lengkap terima vaksin mereka,” katanya.

Selain itu, Malaysia juga dijangka bakal memasuki fasa endemik menjelang Oktober ini.

Kata Khairy, KPI yang telah digariskan sudah tentu berkisar kepada usaha menangani ancaman pandemik COVID-19, termasuk memastikan persiapan dan peralihan ke arah sasaran itu dilaksanakan dengan cara terbaik.

“Fokus kita ialah memastikan rakyat dapat memahami norma baharu dengan baik apabila memasuki fasa endemik.

“Bagaimanapun, KKM juga tidak akan sesekali meninggalkan hal-hal kesihatan yang lain (bukan berkaitan COVID-19),” ujarnya.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.