HEP Bakun mulakan operasi pelepasan air secara terkawal pada 8 Sept – SEB

Spread the love

KUCHING : Sarawak Energy akan memulakan operasi pelepasan air bermusimnya secara terkawal dari kawasan tadahan di hulu Loji Hidroelektrik (HEP) Bakun pada 8 Sept, yang akan berlanjutan selama lima minggu, sehingga paras airnya kembali normal.

Syarikat utiliti negeri itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan paras air di kawasan tadahan Bakun dikawal dengan melepaskan sejumlah air melalui pelimpah berpagar.

“Prosedur terkawal ini dikendalikan secara bermusim selepas mendapat kebenaran daripada Lembaga Sungai Sarawak dan komuniti setempat dimaklumkan sekurang-kurangnya dua hari sebelum pelepasan air berjadual dilakukan.

“Sepanjang tempoh ini, jumlah air dilepaskan serendah mungkin dengan menyeimbangkan kawasan tadahan air di hulu dan paras air sungai di hilir bagi meminimumkan impak terhadap daerah di hilir,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.