Cukai jalan, lesen memandu boleh diperbaharu secara jumpa terus di Pos Malaysia

Spread the love

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin memperbaharu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) boleh berbuat demikian secara jumpa terus di mana-mana cawangan Pos Malaysia di seluruh negara bermula Isnin, 6 September.

Dalam kenyataan pada hari ini, Pos Malaysia menjelaskan bagi yang telah membuat janji temu untuk perkhidmatan pembaharuan Jabatan Pengangkutan Jalan boleh memilih untuk meneruskan janji temu tersebut pada tarikh, masa dan lokasi pilihan atau secara jumpa terus di mana-mana cawangan pejabat pos.

“Pelanggan juga boleh memperbaharu insurans kenderaan motor mereka menerusi kaunter pejabat pos atau secara dalam talian melalui laman web dan aplikasi mudah alih,” kenyataan itu menyebut.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menggunakan ‘AskPos’ di laman web www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia.

Pada Jumaat, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan tempoh moratorium bagi pembaharuan LKM dan LMM telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2021.

Bagaimanapun beliau berkata pemilik LKM yang tamat tempoh sah perlu memastikan kenderaan masing-masing dilindungi insurans sah dan menunjukkan sijil perlindungan insurans bagi tujuan pemeriksaan.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.