COVID-19 : 2,723 kes baharu di Sarawak, 100 peratus dalam Kategori 1 dan 2

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING : Sebanyak 2,723 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada hari ini di Sarawak, 100 peratus melibatkan Kategori 1 dan 2.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya menyebut, ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 127,151 kes.

Dua kematian baharu turut diumumkan yang membabitkan warga emas berumur 75 dan 100 tahun masing-masing dari daerah Serian dan Bau.

“Kedua-dua kes kematian adalah lelaki warga tempatan dengan latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan strok,” tambah kenyataan itu pada hari ini.

Pada masa yang sama, JPBN Sarawak mengesahkan tiga kluster baharu dikesan iaitu Kluster Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu, Kluster Pasaraya Batu Kawa di Kuching dan Kluster Kampong Sikog di Kuching.

“Kluster Jalan Tunku Abdul Rahman di Sibu dan Kluster Pasaraya Batu Kawa di Kuching merupakan kluster tempat kerja.

“Manakala Kluster Kampong Sikog di Kuching pula merupakan kluster komuniti yang melibatkan penduduk sebuah perkampungan yang terletak di Jalan Mambong-Sikog-Sarig-Padawan, Kuching, “ katanya.

JPBN Sarawak turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ke atas 18 lokasi yang melibatkan 13 di daerah Bintulu, dua di Sri Aman, dua di Pakan, satu di Lubok Antu, dua di Pusa, satu di Meradong dan dua di Betong.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.