SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terlibat rasuah RM5,000

By Ezzah Syafiqah
Spread the love

SHAH ALAM, 2 Sept — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai sebuah agensi kerajaan kerana dipercayai telah meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5,000 daripada syarikat pengiklanan hari ini.

Sumber SPRM memberitahu perbuatan itu dipercayai dilakukan suspek lelaki berusia 44 tahun sejak 2017 hingga tahun lepas sebagai balasan untuk membantu syarikat terbabit mendapatkan projek pembekalan pelekat.

Katanya suspek ditahan kira-kira pukul 2 petang tadi di Pejabat SPRM Selangor.

Sementara itu Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.