SEB hadiahkan cek RM1.1 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak sempena ulangtahun ke-100

By Akma Salleh
Spread the love

KUCHING, 3 Sept : Dalam meringankan beban golongan yang terkesan dengan Pandemik Covid-19, Sarawak Energy Berhad (SEB) telah menyumbang sebanyak RM1.1 juta kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak sempena ulangtahunnya yang ke-100.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datu Sharbini Suhaili berkata, sumbangan itu telah dikumpul pihaknya beberapa bulan yang lalu untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-100 Sarawak Energy Berhad (SEB).

Namun, disebabkan oleh pandemik COVID-19, pihaknya membuat keputusan untuk menyumbangkan wang tersebut kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak.

“Pihak kami mengganggarkan untuk mengumpul sebanyak RM1 juta bagi meraikan ulangtahun ke-100 Sarawak Energy.

“Bagaimanapun ekoran pandemik COVID-19 ini, kami berpendapat bahawa adalah lebih baik wang ini disumbangkan kepada Tabung Bencana Negeri Sarawak bagi membantu mereka yang lebih memerlukan dalam keadaan sukar ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Bapa Malaysia pada Jumaat.

Replika cek tersebut telah diterima daripada Naib Presiden Kanan SEB (Perkhidmatan Korporat) Siti Aisah Adenan.

Hadir sama Pengerusi SEB Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datuk Sharbini Suhaili dan Naib Presiden Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar, Marconi Madai.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.