Sarawak catat tujuh kematian, 2,464 kes baharu akibat COVID-19

Spread the love

KUCHING: Sarawak merekodkan tujuh kematian akibat jangkitan COVID-19 dan 2,464 kes baharu pada hari ini.

Ini meningkatkan jumlah kematian keseluruhan kepada 547.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi laporannya mengenai perkembangan COVID-19, kebanyakan daripada kes baharu bagi pesakit Kategori 1 dan 2.

“Sebanyak dua kes adalah daripada Kategori 3, Kategori 4 dengan empat kes, dan Kategori 5 enam kes,” kata JPBNS.

Sementara itu, Kuching mencatatkan rekod tertinggi kes harian iaitu 696 kes, diikuti Sibu dengan 309 kes, Serian 229, Samarahan 168, Subis 155, Lundu 142, Bau 120, Sri Aman 112, dan Bintulu 104 kes.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.