MFL kemuka SOP kemasukan penyokong ke stadium

Spread the love

KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengemukakan permohonan mengenai cadangan Prosedur Operasi Standard (SOP) Liga Malaysia termasuk kebenaran bagi kemasukan semula penyokong yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Presidennya Dato Abdul Ghani Hassan telah mengadakan pertemuan pertama dengan Khairy Jamaluddin, yang dilantik baru-baru ini sebagai Menteri Kesihatan pada 30 Ogos lalu 2021, untuk membincangkan cadangan tersebut.

Selain itu Khairy, yang juga mantan Menteri Belia dan Sukan, turut diberikan penjelasan mengenai perkembangan Liga Malaysia 2021 yang sudah bermula sejak 5 Mac 2021dengan SOP yang ketat seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Dalam pada itu, Abdul Ghani turut mengucapkan tahniah kepada Khairy di atas pelantikannya sebagai Menteri Kesihatan baharu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Khairy di atas kesediaannya untuk meluangkan masa bagi mengadakan perbincangan mengenai perkembangan bola sepak tanah air yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.