Kejadian tanah runtuh di Kapit, 32 pintu rumah Panjang terjejas

Spread the love

KAPIT, SEPT 3: Seramai 202 orang penduduk terjejas setelah berlaku satu kejadian tanah runtuh yang melibatkan 32 buah pintu rumah Panjang di Rumah Bansa Anak Langgak, Nanga Sebilat, Gaat, Baleh, Kapit.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kapit, Erwandy Tugor, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian tersebut daripada Pegawai Daerah (DO) Douglas Pungga menerusi satu aplikasi Whatsapp Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit.

“Pihak bomba bergegas ke lokasi yang mengambil masa lebih kurang dua jam 30 minit untuk sampai di lokasi dan mendapati berlaku tanah runtuh yang merosakkan bahagian depan rumah panjang tersebut.

“Akibat daripada itu, beberapa struktur stor penduduk telah runtuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Pihak bomba telah telah memasang sawar-sawar di sekitar kawasan runtuhan sebagai tanda amaran kepada penduduk terutamnaya tidak melalui kawasan tersebut yang kemungkinan akan berlaku runtuhan seterusnya sekiranya hujan beterusan.

“Penduduk di rumah panjang berkenaan dinasihati supaya tidak berada di kawasan berkenaan buat sementara waktu sekiranya hujan masih turun yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya runtuhan lagi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, setakat ini tiada pemindahan penduduk dilakukan memandangkan runtuhan tersebut tidak menjejaskan struktur rumah panjang berkenaan.

Walau bagaimanapun, penduduk diingatkan agar terus sentiasa berhati hati bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

“Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan,” tambahnya.

Pihak lain yang turut serta bergegas ke lokasi adalah seperti agensi berkaitan seperti Polis, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.