Kemudahan Kompleks Sukan Daro Dipertingkat

Spread the love

DARO: Projek menaiktaraf Kompleks Sukan Daro bakal mengubah landskap kemudahan sukan di daerah Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Daro Safiee Ahmad berkata, projek bernilai RM3 juta itu dijangka siap sepenuhnya November ini akan menyediakan kemudahan sukan yang lebih lengkap khususnya untuk manfaat pihak sekolah.

“Saya sedia maklum salah satu acara wajib dilaksanakan diperingkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah adalah merupakan acara sukan tahunan jadi alhamdulilah dengan siapnya projek ini nanti , ia akan memberi peluang terbaik dengan kemudahan yang begitu lengkap, selesa untuk para pengguna khususnya golongan belia yang kita tahu berminat dalam bidang sukan”. katanya ketika meninjau perkembangan projek dan menyelaras cadangan kerja-kerja tambahan pada Khamis.

Beliau berharap siapnya projek itu nanti akan memberi manfaat kepada warga Daro.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.