Kemalangan Kereta Bertembung, Lelaki Maut Di Jalan Kapit-Song

Spread the love

KAPIT: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas dua kenderaan bertembung di simpang Rumah Nyikau, jalan Kapit-Song di Kapit pada petang Khamis.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Erwandy Tugor pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 6.11 petang.

Setiba di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan pacuan empat roda.

“ Jadi, mangsa yang pertama selamat dikeluarkan dan beliau mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut manakala mangsa kedua telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan dikeluarkan pada jam 7.12 malam kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut”. katanya ketika dihubungi TVS.

Tambahnya lagi, bomba turut melakukan kerja-kerja pembersihan jalan dan mengalihkan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berkenaan bagi memastikan keadaan jalan raya selamat digunakan.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.