‘Dine-In’ masih tidak dibenarkan hingga 19 September

Spread the love

KUCHING: Larangan ‘Dine-In’ di Zon Selatan Sarawak yang berkuatkuasa sejak Ogos lalu telah dilanjutkan hingga 19 September ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira bilangan kes COVID-19 di sembilan daerah iaitu Kuching dengan 696 kes, Sibu 309, Serian 229, Samarahan 168, Subis 155, Lundu 142, Bau 120, Sri Aman 112, dan Bintulu 104 kes.

Selain larangan ‘dine-in’, satu lagi Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah mengehadkan tempoh operasi perniagaan dari jam 5.00 pagi hingga 8.00 malam.

“Individu atau kumpulan tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 12.00 tengah malam tanpa alasan yang munasabah,” kenyataan JPBNS menyebut pada hari ini.

Zon Selatan merangkumi Daerah Kuching, Daerah Bau, Daerah Lundu, Daerah Samarahan, Daerah Asajaya, Daerah Simunjan, Daerah Serian dan Daerah Tebedu.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.