Warga emas rentung, kereta terbakar

Spread the love

MIRI, SEPTEMBER 2: Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kemalangan kendiri apabila kereta yang dipandunya terbakar setelah terlanggar sebatang pokok.

Dalam kejadian jam 10.50 malam itu, mangsa, Tan Kaw Yee, dikatakan sedang memandu seorang diri di Jalan Taman Awam apabila dikatakan hilang kawalan kenderaan dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan.
Bomba yang bergegas ke tempat kejadian mengambil masa lebih sejam untuk memadam kebakaran dan mengeluarkan mayat mangsa.

Warga emas retung, kereta terbakar

Komander operasi PBK II Thomas yang mengesahkan kejadian tersebut turut memberitahu bahawa kereta jenis Honda yang dipandu mangsa terbakar 100% dan mangsa rentung akibat kebakaran tersebut.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.