Sungai Sarawak Berkocak Lagi

Spread the love

KUCHING: Pendahulu Liga Premier musim 2021 Sarawak United FC sudah mengesahkan slot untuk beraksi ke Liga Super pada musim hadapan.

Ini selepas kekalahan pasukan Kuching City kepada Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Pasir Gudang sekaligus menyaksikan tiada lagi pasukan yang mampu memintas mata pasukan Sarawak United.

Sarawak United kini unggul dengan 37 mata, sudah cukup untuk mengenepikan cabaran Kuching City dan PDRM yang hanya mampu meraih 35 mata dan 31 mata, maksimum jika berjaya memenangi kesemua baki perlawanan mereka.

Skuad kendalian jurulatih E. Elavarasan itu berjaya mencapai sasaran awal musim iaitu untuk layak ke Liga Super dimana mereka juga mempunyai peluang untuk menjadi juara liga yang kini dicabar dekat oleh pasukan Negeri Sembilan.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.