Ronaldo penjaring gol terbanyak dunia, Mokhtar Dahari tempat ketiga

Spread the love

MOSCOW: Bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo muncul sebagai pemegang rekod dunia baharu bagi jumlah jaringan gol antarabangsa selepas mencapai rekod tersebut dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Republik Ireland pada Rabu, lapor Sputnik.

Ronaldo memecah rekod dengan menanduk masuk gol ke-110 bagi dirinya pada minit ke-89 dalam perlawanan tersebut di Faro, yang menyaksikan perlawanan berlangsung sengit sehingga terikat 1-1.

Dengan itu, Ronaldo mengatasi pencapaian bekas penyerang pasukan kebangsaan Iran, Ali Daei, yang bersara pada 2007.

Namun, di sebalik kisah itu, ramai juga di antara kita yang mungkin tidak tahu bahawa legenda bola sepak negara kita sendiri, iaitu arwah Mokhtar Dahari, sebenarnya memiliki rekod yang setanding.

Menurut beberapa sumber statistik, Super Mokh telah menjaringkan 85 gol untuk skuad kebangsaan Malaysia sepanjang kariernya, dan angka tersebut telah berjaya menjadikannya pemain di tempat ketiga pada keseluruhannya dalam carta ‘All-Time International Goal Scorers’.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.