Malaysia dijangka ke fasa endemik COVID-19 Oktober ini

Spread the love

PUTRAJAYA: Malaysia dijangka memasuki fasa endemik COVID-19 pada Oktober selaras dengan sasaran kerajaan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus populasi dewasa di negara ini mendapat vaksin pada bulan Oktober ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bagaimanapun, masyarakat perlu menerima hakikat untuk hidup bersama virus itu meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19.

Khairy berkata walaupun negara memasuki fasa endemik, rakyat masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan melakukan kawalan kendiri kerana langkah itu akan membolehkan pelbagai sektor dalam negara dibuka manakala kehidupan rakyat berfungsi seperti sedia kala dalam norma baharu.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.