Lebih 200 penduduk rumah panjang di Kapit terjejas akibat tanah runtuh

Spread the love

Kuching: Hujan lebat yang berterusan semalaman di sini telah mengakibatkan tanah runtuh sehingga merosakkan sebahagian daripada Rumah Bansa Anak Langgak, sebuah rumah panjang 32 pintu di Kapit.

Rumah panjang tersebut menempatkan seramai 202 penduduk.

Lebih 200 penduduk rumah panjang Kapit terjejas tanah runtuh
Sumber: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Kapit

Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.00 pagi itu dipercayai disebabkan oleh struktur tanah yang dilembutkan oleh hujan.

Anggota bomba difahamkan telah memasang sawar-sawar di sekitar kawasan runtuhan sebagai tanda amaran sekitar jam 12.45 tengah hari.

Penghuni juga dinasihatkan agar tidak berada di ruang bilik yang dikhuatiri akan runtuh lagi.

Mereka turut dinasihatkan agar berpindah ke rumah saudara atau jiran terdekat jika masih berlaku sebarang runtuhan.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan setakat ini.

Pegawai Daerah Bukit Mabong, Douglas Pungga Anak Lawang, telah melawat tempat kejadian bagi tujuan pengumpulan maklumat kerugian untuk tujuan penyaluran bantuan.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.