COVID-19: Sebanyak tujuh kematian, 2,992 kes baharu di Sarawak

Spread the love

KUCHING: Sebanyak tujuh kes kematian akibat COVID-19 direkodkan pada hari ini dengan 2,992 kes positif baharu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, lima daripada kematian tersebut melibatkan perempuan dan dua lagi lelaki berumur antara 40 hingga 81 tahun.

“Tiga kematian dilaporkan di Hospital Umum Sarawak, satu kematian masing-masing di Hospital Sibu dan Hospital Miri manakala terdapat satu kematian masing-masing dibawa ke Hospital Serian dan Hospital Kapit,” katanya dalam laporan harian COVID-19.

JPBNS turut memaklumkan terdapat 2,992 kes baharu COVID-19 pada hari ini dengan Kuching merekodkan kes tertinggi, iaitu 1,342 kes, diikuti Sibu (282) dan Samarahan, 147 kes.

Lapan kluster baharu COVID-19 turut direkodkan di Sarawak, yang membabitkan lima kluster tempat kerja dan tiga kluster komuniti.

Sementara itu, terdapat 968 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kes pulih kumulatif meningkat kepada seramai 93,123 orang atau 76.35 peratus daripada keseluruhan kes positif.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.