Warga Emas Melecur 60 Peratus Dalam Kebakaran

Spread the love

SARATOK, 1 SEPT: Seorang wanita warga emas berusia 70 tahun parah apabila melecur dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal di Kampung Sessang, Kabong, awal pagi tadi.

Insiden yang berlaku kira-kira 4.30 pagi itu mengakibatkan mangsa melecur hampir 60 peratus pada tubuh badannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok, Nazry Mohamat berkata, tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.32 pagi.

“Apabila tiba di lokasi, kebakaran telah berlaku di rumah tamu namun berjaya dipadamkan pemilik kediaman dengan bantuan daripada jiran. Kebakaran dipercayai berlaku selepas hos tong gas tercabut ketika salah seorang penghuni sedang memasak,” katanya

Bagaiamanapun tambahnya, pihak bomba berjaya memadam kebakaran tersebut dengan bantuan penduduk kampung.

“Insiden terbabit menyebabkan 15 peratus rumah mangsa terbakar dan pemantauan susulan dijalankan bagi memastikan keadaan sekeliling selamat sebelum pihak bomba bertindak keluar dari rumah berkenaan,” katanya

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Punca dan kerugian masih dalam siasatan.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.