KWKPK wajibkan guru tadika dan taska divaksin sebelum beroperasi

Spread the love

KUCHING, 1 SEPT: Guru tadika dan taska wajib menerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 sebelum dibenarkan beroperasi, menurut Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti Wanita Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK), Datuk Seri Fatimah Abdullah.

“KWKPK mewajibkan guru tadika dan taska melengkapkan dua dos vaksin bagi memastikan persekitaran kanak-kanak terjamin.

“Guru tadika dan taska merupakan pendamping rapat kepada kanak-kanak, dimana mereka sentiasa berada berdekatan dengan murid dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi TVS pada Rabu.

Justeru, kata Fatimah, melalui vaksin, para guru yang bertugas akan mempunyai imuniti terhadap COVID-19.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) taska dan tadika pada sebelum, semasa, dan selepas sesi bagi memastikan keselamatan semua.

Setakat ini, mengikut rekod KWKPK, tiada guru yang dilaporkan menolak vaksin.

Dalam pada itu, Fatimah berkata, terdapat empat kriteria untuk memastikan taska dan tadika menjadi tempat yang selamat untuk menghantar anak-anak.

“Yang pertama, kadar vaksinasi guru dan stad sokongan. Yang kedua, premis dan peralatan harus disinfeksi setiap hari. Seterusnya, hanya membenarkan aktivit yang mengikut SOP dan yang terakhir, tanggungjawab ibu bapa,” ujarnya.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.