Sejumlah RM289,000 kompaun dikeluarkan angkara langgar SOP

Sejumlah RM289,000 kompaun dikeluarkan angkara langgar SOP

By TVS
Spread the love

SIBU: Pasukan Pemantau Ops Bersepadu Prosedur Operasi Standard (SOP) Am Bahagian Sibu telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM289,000 keseluruhannya terhadap 48 individu yang ingkar kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Tiga pemilik pusat hiburan antara yang telah menerima padah apabila dikompaun kerana melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, kes pertama melibatkan pasukan team pemantau bersepadu diketuai oleh Deputi Superintendan, Ariffin Bahar telah membuat serbuan ke atas sebuah premis Bistro yang mengadakan aktiviti yang tidak dibenarkan di Jalan Sena pada jam 3.45 petang.

Dalam operasi tersebut, pasukan mendapati tujuh orang berkumpul tanpa penjarakan sosial dan mendengar muzik sekaligus ingkar peraturan yang dikuatkuasakan.

Dalam kes kedua, pasukan pemantau pematuhan SOP yang diketuai oleh ASP Kushairy Bujang telah menyerbu sebuah premis pusat hiburan di Jalan Pedada sekitar jam 11 malam.

Dalam operasi itu,  seramai 13 individu termasuk sembilan lelaki dan empat wanita telah dikenakan tindakan selepas didapati gagal mematuhi SOP kerana berkumpul tanpa penjarakan sosial.

Ujarnya, dua pemilik premis pusat hiburan tersebut telah dikenakan kompaun RM50,000 manakala seorang lagi pemilik pusat bistro dikompaun RM25,00O kerana menjalankan perniagaan yang tidak dibenarkan.

Tambahnya lagi, pasukan pemantau pematuhan SOP juga telah menjalankan beberapa operasi di sekitar Sibu mulai jam 10 pagi hingga 12 malam.

“Pasukan pemantau juga telah mengeluarkan kompaun kepada individu yang didapati  melanggar SOP semasa PPN Fasa Ketiga ini dan antara kesalahan yang dilakukan Orang Kena Kompaun (OKK) yang lain termasuk gagal mengimbas kod mysejahtera sebelum memasuki premis perniagaan, dan tidak memakai pelitup muka semasa berafa di tempat kerja,” jelasnya.

Keseluruhan jumlah kompaun yang dikeluarkan pada 30 ogos 2021 adalah sebanyak rm289,000 dan jumlah keseluruhan orang kena kompaun berjumlah 48 orang termasuk 28 lelaki dan 20 wanita.

Kesemua kesalahan yang dilakuan oleh semua OKK adalah mengikut peraturan 17(1) dan (2) peraturan pencegahan dan pengendalian penyakit berjangkit (PPPPB) (PKTJ) (No.2 ) 2021.

Kesemua individu yang dikompaun dikehendaki menjelaskan kompaun di pejabat kesihatan daerah sibu dalam tempoh 14 daripada tempoh kompaun dikeluarkan.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.

Karuna Web Design