COVID: 2,285 kes baharu dilaporkan di Sarawak, 10 kes libatkan kategori 3, 4 dan 5

By Odleen Catherny
Spread the love

KUCHING, 31 Ogos : Sebanyak 2,285 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini dengan 2,275 atau 99.5 peratus daripadanya adalah daripada kategori 1 dan 2.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, selain itu, dua kes dirawat di bawah kategori 3, dan masing-masing empat kes bagi kategori 4 dan 5.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak adalah sebanyak 116,558.

“Daerah Kuching kekal penyumbang kes harian tertinggi dengan 1,129 kes direkodkan manakala dua buah daerah mencatatkan tiga angka kes iaitu Bau (228) dan Serian (113),” kata JPBN Sarawak menerusi kenyataan hariannya.

Selain itu, dua kematian baharu turut dilaporkan melibatkan warga emas lelaki dan perempuan warga tempatan.

“Kes kematian ke-525 merupakan seorang wanita warga Kuching, 81, dengan latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis. Wanita ini meninggal setelah disahkan positif semalam (30 Ogos).

“Kes kematian ke-526 pula membabitkan seorang lelaki, 60, berasal dari daerah Kapit dan mempunyai rekod sejarah penyakit darah tinggi dan dislipidemia,” tambah JPBN Sarawak.

Jumlah kematian kini meningkatkan kepada seramai 526 orang.

Bagaimanapun, tiada kluster baharu diisytiharkan pada Selasa.

Dalam kenyataan sama, JPBN Sarawak memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokasi melibatkan daerah-daerah Sebauh, Bintulu, Lubok Antu, Limbang dan Simunjan.

“PKPD dikenakan ke atas Rh. Renga Anak Layang, Sungai Senggam, Jalan Sebungan Sebauh dan Rh. Ugop Anak Umpin, Nanga Sigu, Pandan, dua lokasi masing-masing di daerah Sebauh.

“Rh. Sating Anak Bundan, Km 67, Jalan Bintulu/Miri di Bintulu turut tersenarai jalani PKPD,” jelasnya.

PKPD berkuatkuasa dari 30 Ogos hingga 12 September 2021 untuk ketiga-tiga lokasi ini.

Mengulas lanjut, Rh. Manai, San Panjai di Lubok Antu dan Rh. Manggi, Kampung Menuang Baru di Limbang dikenakan PKPD berkuatkuasa 31 Ogos hingga 13 September 2021.

Manakala, Pekan Sebangan, Kampung Lutong & Kampung Menek, Sebuyau di Simunjan akan memulakan tempoh PKPD dari 1 hingga 14 September 2021.

Pada masa sama, JPBN Sarawak memaklumkan tiada pelanjutan PKPD dilakukan di mana 14 lokasi ditamatkan PKPD masing-masing melibatkan daerah-daerah Serian, Kuching, Sebauh, Lubok Antu, Tatau dan Beluru.

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Log In

Forgot password?

Forgot password?

Enter your account data and we will send you a link to reset your password.

Your password reset link appears to be invalid or expired.

Log in

Privacy Policy

Add to Collection

No Collections

Here you'll find all collections you've created before.